Tiba-tiba Opah yang duduk di belakang ayah menepuk belakang badan ayah yang tidak berbaju.
Adik mengangkat tangan, menunjuk kepada Opah, menunjukkan muka garangnya. Kata Opah sambil tersengih,"Sayang sangat ayah dia, Opah tampar nyamuk, bukannya pukul ayah!" Ayah ketawa. Sayang benar Adik kepada Ayah. Adik tengok Opah, tunjuk muka tidak faham. Ayah jarang sangat berbaju, cuaca sekarang agak panas. Kepanasan yang Ayah alami tidak langsung dapat dibandingkan dengan kepanasan yang terpaksa dihadapi barisan hadapan seperti doktor dan jururawat. Mereka terpaksa memakai pakaian perlindungan (Personal Protective Equipment-PPE) untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.
Adik menarik-narik tangan Ayah, mungkin mahu ke halaman depan rumah.
No comments:
Post a Comment