Kereta meluncur menuruni bukit, dari jauh, nampak Pak Long Li duduk berehat di luar pintu dapur.
Sekejap sahaja sudah sampai, tidak banyak kereta. Ayah mengenakan pelitup, menghala ke mesin juruwang automatik. "Mungkin duit sudah habis," fikir ayah. Ayah menggerakkan kereta, kelihatan dua ekor merpati mati, baru digilis tayar. Ayah ke Pos Laju, lampin pakai buang yang dibeli Umi melalui talian beli-belah Shopee sudah pun sampai. Di Mempaga Segar, sebelum menolak troli, ayah menekan botol pensanitasi tangan yang disediakan. "Perlu beratur, jarak mesti satu meter," itu yang selalu didengar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.
"Minta maaf," kata ayah setelah silap memasukkan barang ke dalam troli orang lain. Penutup muka sangat berguna pada saat ini😂. Orang tidak kenal ayah, ayah tidak kenal orang. Misi seterusnya, mencari ''ovalette'.
No comments:
Post a Comment