Translate

Friday, October 2, 2026

Membekas

Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah.
      Dulu, waktu Ayah membesar, kami mengenali dari jauh Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebagai Peminat Nombor Satu Badminton Malaysia dan semua orang pun tahu hal itu. Tatkala Ayah membelek buku Doktor Umum, Memoir Tun  Dr Mahathir Mohamad, versi Bahasa Melayu terjemahan Datuk A Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara ke-9), terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd, sebelum halaman kandungan, terakam di situ kata-kata Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, "Untuk Hasmah dan anak-anak saya, atas kasih sayang, sokongan, tolak ansur dan ketabahan mereka." Memetik pula kata-kata Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Bab 10 (Masuk Kolej Perubatan) memoir ini, "Saya rasa, faktor yang mengelak kami daripada terlalu kerap bertengkar adalah sifat tolak ansur kami. Ada kalanya kami hilang sabar, tetapi amat manis apabila berbaik semula."
       Kehilangan membekas. Moga Allah SWT memberikan kekuatan untuk kita yang ditinggalkan dan moga Allah SWT menempatkan di tempat yang terbaik untuk yang telah meninggalkan kita.


Membekas

Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah.     ...