Translate

Saturday, April 4, 2020

Sepah

Ejaannya sama, sebutannya berbeza, maksud pun berbeza.
     Dalam Kamus Dewan Edili Keempat, sepah ada lima makna. Sepah (I) bermaksud hampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya (seperti tebu, sirih dan lain-lain). Peribahasa yang selalu kita dengar pasal sepah ialah habis manis sepah dibuang. Maknanya, digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan. Sepah (V) pula bermakna berserak-serak (dengan tidak keruan), bertabur-tabur ke merata-rata tempat.
     Duduk rumah, kemaslah tempat tidur, kemaslah ruang tamu, basuhlah pinggan selepas makan, kemaslah selepas bermain, buatlah walaupun tidak ada warden dan pengawas yang datang menjenguk. Jagalah adik-adik, jangan habis manis sepah dibuang!

No comments:

Terbaik

Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...