Translate

Tuesday, April 7, 2020

Seimbang

Hari ini 7 April, Hari Kesihatan Dunia.
     Sudah buat apa? Mahu buat apa lagi? Boleh buat perkara yang menyihatkan fizikal, boleh buat perkara yang menyihatkan mental. Boleh bersenam, boleh memasak, boleh makan sesuatu, boleh baca sesuatu, boleh menonton, boleh menanam pokok, boleh bermain dengan anak, bermain dengan kucing,  boleh buat sesuatu yang diminati. Boleh buat apa-apa sahaja, asal membuatkan sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (seperti yang digagaskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan).
     Sihat membantu kita menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Sihat juga membolehkan kita meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga dan hidupan di sekeliling.

No comments:

Selamat Hari Guru

Tatkala kauragu tanyalah guru tatkala kautahu tetaplah berguru tatkala mekar rindu kirimkan doa buat gurumu! Selamat Hari Guru Cikgu. 1...