Translate

Monday, April 6, 2020

Asyik

Ada yang gemar mengopi, ada yang gemar mengeteh. 
      Teh atau kopi pastinya di sisi pada waktu pagi, bukan lagi di kedai atau restoran, pasti di rumah. Kalau dulunya, sambil minum, surat khabar di tangan, kini pastinya telefon pintar di tangan. Bagi yang bekerja, pastinya suasana yang berbeza. Mungkin saat ini ada yang gembira, mungkin saat ini ada yang sebaliknya. Ingatlah saat gembira yang telah dilalui atau bayangkanlah kegembiraan yang mahu dilalui pada masa akan datang sewaktu sedang kita melalui saat-saat ini.
      Untuk melalui saat-saat sebegini, secawan teh atau secawan kopi mungkin boleh membuatkan kita gembira. Carilah kegembiraan dalam apa-apa pun yang sedang kita lakukan, Insya-Allah, gembira itu membuat kita larut dalam keasyikan dan mengurangkan tekanan yang sedang dialami.

No comments:

Sajak — Terima Kasih Cikgu

Membenderangi bak bulan menerangi bak matari  ajar tutur nur suluh gelap hidup terima kasih Cikgu Selamat Hari Guru. 16 Mei 2026 Kuantan ...