Umi di ruang tamu, Opah di dapur.
Umi melipat kain. Kadang-kadang Umi terpaksa melipat di dalam bilik, jauh daripada Adik, Umi melipat, Adik membuka lipatan. Sesekali dia berlari ke dapur, melihat Opah membuat kuih. Opah buat kuih cucur badak. Keledek dijual Abu. Adik mahu susu, Abah bancuh, dibawa lari penutup botol susu. Ayah mengejarnya satu rumah. Di luar hujan lebat, di bahagian beranda air sudah bertakung, angin kuat, terdengar bising bunyi zink ditiup angin, guruh berdentum. Di dapur, lagilah kuat bunyi hujan, tidak ada siling di dapur.
22 April, Hari Bumi, bumi menangis lagi. Mungkin terharu dan berterima kasih, banyak kerosakan terhenti akibat Covid-19.
No comments:
Post a Comment