Translate

Friday, December 4, 2009

Hijau Rumput

kulihat hijau rumput
dalam air paras buku lali
masih mampu kumenyusun langkah
masih mampu kumengharung
dugaan yang sedikit
dengan limpahan dari-Nya.

05112009
airdarilangit...

Tuesday, November 17, 2009

Kuseru Namamu Ketenangan

Kalut bergelut
kuseru namamu ketenangan
mampir ke gelanggang ini!

18november2009
masih lagi dalam dakapan hujan...

Tuesday, October 27, 2009

BEZA CARA (Berita Harian, 25 Oktober 2009)

Bertemu anak gadis bandar palma
Berbeza caranya.

Bicaranya:
hidupnya membosankan
bagi insan lain
berkawan dengan buku pelajaran
bertemankan novel Inggeris
bersahabatkan gelombang suara

Tiada dibena
laman sosial
walau gadis seusia
ghairah mengumpul
koleksi rakan-rakan tulen
mahupun tiruan

Tiada dihirau
laman blog
Biarpun
seorang nenek di Sepanyol
Penulis blog tertua
rancak menganyam
mengkuang pengalaman
menjadi tikar ceritera
Baru meninggalkan alam dunia.


18Oktober2009
Taman Sepakat

Arigatou Gozaimasu (Buat Cikgu Hamir)

Arigatou Gozaimasu
sahabat
kauukir namaku
dalam batu bersurat moden
pada Musim Luruh Terakhir
di Hachioji.

28okt2009

Tuesday, October 13, 2009

Susu

Susu ibu
susu lembu
manakah satu
pilihan anakmu
jika
bisa bicara denganmu?

14okt2009

Sunday, October 11, 2009

Menangkap Ingatan

Menangkap ingatan
Termengah-mengah singgah
ke kedai gunting rambut India
mengambil penglihatan yang tertinggal.

120kt0ber2009

Wednesday, October 7, 2009

Bintang-Bintang

Bintang-bintang bersinar
bintang-bintang malap
bertaburan di langit malam kehidupan.

081009

Tuesday, October 6, 2009

Monday, October 5, 2009

Friday, October 2, 2009

Tanpa Suara

Anak-anak tanpa suara bicara
khalayak membisu tersedu-sedu.

03oktober2009

Wednesday, September 30, 2009

Mulia

Duduk mulia di pandangan makhluk
di pandangan-Nya
siapakah yang tahu?

01oktober2009

Sunday, September 27, 2009

Hantu Kelengking

Hantu dan kelengking terluka
lari nikmat seketika
dunia sememangnya sementara cuma.

280909
masih lagi syawal...

Sunday, September 20, 2009

Kaki

Kakiku gagah
kakinya lemah
namun
kakinya gagah
ke rumah-Nya.

1syawal1430H

Wednesday, September 16, 2009

Sepuluh

Sepuluh jari
setulus hati
maaf zahir dan batin
selamat Aidilfitri.

Bisakah Aku?

Ramadan ini
sudah pasti meninggalkanku
Namun
bisakah aku bersama-sama
Ramadan lagi?

Hitam Putih

hitam mengepak-ngepak di awan
putih melata-lata di bumi
masih adakah ruang untukku?

Monday, September 14, 2009

Maaf

Maaf
ada kalanya
terlalu mudah untuk diberi
terlalu mudah untuk dilafaz
biarpun
masih bersaki-baki
bara di hati.

25ramadan

Tuesday, September 8, 2009

Malam Dinanti

siang bergerak ke malam
ialah kegembiraan
malam bergerak ke siang
ialah kesedihan
hari ini
sembilan sembilan sembilan
singgah dan berlalu
Lailatul Qadar
dicari dan dinanti.

19ramadan1430H
090909

Monday, September 7, 2009

Wednesday, July 1, 2009

HITAM PUTIH DIRI SENDIRI

senyap menyelinap
bukannya gugup mahupun gagap
sepi mencari kudrat diri
membongkar erti
hitam putih diri sendiri

2JULAI09
1051 PAGI

Tuesday, May 19, 2009

Anak-Anak

Degup jantung ayahanda bonda
adalah akhlak anak-anak.

1.55 tengah hari
20 mei 2009

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...