Translate

Monday, June 15, 2026

Sajak — Ujar Detik Yang Beredar

Pagi ini aku melihat 
pelangi di lantai bukan di langit
pagi lewat bangkit
dan sebelah kasut terselit kalut.
Detik tak berkasut pantas melangkah
tak peduli meninggalkan aku
di pentas lambat bertali leher merah
dan aku menyelak kata di balik kot hitam
'Buona Giornata' — bahasa Italia
Semoga hari anda indah!
Kukira itu ujar detik yang beredar.

Kuantan
15 Jun 2026

Monday, June 1, 2026

Sajak — Kawan Tak Bertangan

Ibarat berjabat tangan
disambut perkenalan
si anak kecil berebut-rebut
menghulur tebu persahabatan
dicapai kawan tak bertangan
yang berkongsi alam hijau
yang wajar kekal lestari
di tangan yang berakal.

1 Jun 2026

Kuala Gandah

Terima Kasih

Petang semalam 'kendurian', anak-anaklah yang paling gembira. Pagi ini,11 Julai, sangatlah berbesar hati ke Sungai Lembing bersama d...