Translate

Tuesday, April 7, 2020

Berubah

Jarang-jarang Atuk bagi burung makan, biasa Atuk bagi kucing makan.
     Kucing pun mungkin sudah faham, ada sesuatu yang berlaku, ada perubahan yang berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum PKP, dengar sahaja enjin motor Atuk, kucing pun tahu Atuk balik dari masjid , sebelum Atuk masuk rumah,  Atuk akan beri kucing makan. Sekarang rutin sudah berubah, pagi-pagi tidak dengar lagi bunyi enjin motor Atuk. Tidak ada lagi penggera waktu pagi (bunyi enjin motor), tanda waktu sarapan pagi. 
     Covid-19 menyebabkan banyak perubahan berlaku terhadap manusia, flora dan fauna.  Waktu makan dan menu makanan pun  boleh berubah daripada biasa, diharapkan juga perangai kita berubah jadi lebih baik dan lebih beradab.

No comments:

Sajak — Ujar Detik Yang Beredar

Pagi ini aku melihat  pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...