Ada yang panggil cili, ada yang panggil lada, ada yang panggil cabai, bergantung juga pada jenisnya.
Ada yang boleh tahan pedas, ada yang kurang tahan pedas, ada yang tidak mahu sentuh langsung. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mencili (bahasa percakapan) bermaksud menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pada mulut seseorang. Orang dulu-dulu, pantang sungguh kalau anak-anak tak jaga mulut, cakap yang bukan-bukan, celopar, cakap perkara tak elok, pasti dicilinya mulut. Sekali kena, pasti serik, bertaubat, tak buat lagi.
Duduk rumah (DR), ada nasi panas, ikan kering dan sambal belacan pun sudah naik selera. Ada mulut, boleh rasa nikmatnya rezeki kurniaan Allah swt. Ada mulut, cakap elok-elok.
No comments:
Post a Comment