Translate

Saturday, July 31, 2021

Menggunting

       31 Julai, Hari Pahlawan. Keamanan dan kebebasan yang kita kecap hari  ini dimulakan sejak sekian lama. Terima kasih kepada semua Pahlawan.
       Pahlawan telah berjasa, banyak pahlawan berdarah dan gugur ke tanah demi memastikan tanah air ini terus berdaulat. Walau kini wajah sudah tak sama, ancaman tetap ada dan tumbuh. Faktor lain Melaka tumbang sebab ada yang menggunting dalam lipatan. Pahlawan berlawan dan berjuang di medan perang, pahlawan demokrasi yang berjuang di medan demokrasi haruslah 'berlawan' demi kepentingan negara, bukan untuk kepentingan diri. 
       'Berlawan' di medan demokrasi mesti untuk kebaikan negara, bukan sebab ada agenda tersembunyi yang pasti mengucar-ngacirkan negara. Jangan sampai kita dijajah lagi dan lihatlah dengan dalam kesengsaraan rakyat Palestin pada setiap hari.

Friday, July 30, 2021

Ganjar

Hari ini cuti, Jumaat 30 Julai 2021.  
     Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah buat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-62 pada hari ini. Daulat Tuanku. Masih lagi PKPD, masih banyak peranan yang perlu kita jalankan untuk mendapatkan kebebasan seperti sebelum ini. Sumbangan daripada setiap orang yang bernama 'rakyat' itu akan memberi kesan. Kesan yang timbul tak semestinya akan nampak oleh mata kasar, ada yang berlaku dalam senyap atau secara terlindung. "Aku dah ikut SOP, tapi Covid tak turun-turun." Yang penting kita dah usaha, durian pun pun gugur pabila sampai masanya.
       Alhamdulillah, syukur kita masih bersua dengan Jumaat. Insya-Allah,  apa-apa yang kita usahakan pasti diberi ganjaran. Allah SWT masih mahu menguji sabar kita. 

Saturday, July 24, 2021

Kenal

Siang bertemu malam, malam bertemu siang, saling menyapa dan menjalankan tugas.
     24 jam sehari, banyak yang ada di dalam senarai untuk dilakukan dan ada juga yang tak ada di dalam senarai berlaku. Rutin banyak berubah sejak Covid menguji, ditambah dengan Varian Delta yang boleh merebak dalam masa 15 saat. Olimpik di Tokyo sedang berlangsung, rakyat Palestin masih sengsara dan kita sememangnya sedang diuji. Siang dan malam datang memberikan erti berbeza kepada setiap orang kerana setiap waktu yang datang itu pasti ada sesuatu yang berlaku dan ada sesuatu yang sedang dikerjakan. Semua mengharapkan yang disayangi pulang dengan selamat tak kira siang atau malam pada kala ini.
      Tak ada malam, tak kenal ertinya cahaya bulan mengambang, tak ada siang, tak kenal ertinya cahaya mentari terang-benderang dan tak ada seseorang, tak kenal ertinya kasih sayang.

Friday, July 23, 2021

π™Ώπš›πš˜πšœπšŽπšœ

π™ΊπšŽπš‹πšŠπš—πš’πšŠπš”πšŠπš—πš—πš’πšŠ πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ πš”πš’πšπšŠ πšœπšžπš”πšŠ πš–πšŽπš•πš’πš‘πšŠπš πš‘πšŠπšœπš’πš•, πšπšŠπš—πš™πšŠ πš–πšŽπš•πš’πš‘πšŠπš πš™πš›πš˜πšœπšŽπšœ πš’πšŠπš—πš πš‹πšŽπš›πš•πšŠπš”πšž.
    πš„πš—πšπšžπš” πš–πšŽπš—πšπšŠπš™πšŠπšπš”πšŠπš— πš‘πšŠπšœπš’πš•, πš™πšŠπšœπšπš’ 𝚊𝚍𝚊 πšπš’πš—πšπšŠπš”πšŠπš— 𝚊𝚝𝚊𝚞 πšžπšœπšŠπš‘πšŠ πš’πšŠπš—πš πšπš’πš“πšŠπš•πšŠπš—πš”πšŠπš—. π™ΌπšŽπš•πš’πš‘πšŠπš πšŠπš—πšπš”πšŠ  πš™πšŽπš—πš’πš—πšπš”πšŠπšπšŠπš— πš™πšŽπšœπšŠπš”πš’πš πšπš’πš“πšŠπš—πšπš”πš’πšπš’ π™²πš˜πšŸπš’πš, πš™πšŠπšœπšπš’πš•πšŠπš‘ πš–πšŽπš—πšŠπš”πšžπšπš”πšŠπš— πš”πš’πšπšŠ πšœπšŽπš–πšžπšŠ, πš—πšŠπš–πšžπš— πšžπšœπšŠπš‘πšŠ πšπšŽπš•πšŠπš‘ πšπšŠπš— πšœπšŽπšπšŠπš—πš πšπš’πš“πšŠπš•πšŠπš—πš”πšŠπš—.  π™±πšŽπšπš’πšπšž πš“πšžπšπšŠ πšŠπš™πšŠπš‹πš’πš•πšŠ πš–πšŽπš—πšπšŠπš“πšŠπš› πšŠπš—πšŠπš”- πšŠπš—πšŠπš” πšπš’ πšœπšŽπš”πš˜πš•πšŠπš‘, πšžπšœπšŠπš‘πšŠ πšπš’πš“πšŠπš•πšŠπš—πš”πšŠπš— πšπšŠπš— πš‘πšŠπšœπš’πš•πš—πš’πšŠ πš”πšŠπšπšŠπš—πš-πš”πšŠπšπšŠπš—πš πšπš’ πš•πšžπšŠπš› πš™πšŽπš–πš’πš”πš’πš›πšŠπš—. π™°πšπšŠ πš’πšŠπš—πš πšπš’πš•πš’πš‘πšŠπš πš‹πšŽπšπš’πšπšž πš‹πšŽπš›πšœπšžπš—πšπšπšžπš‘-πšœπšžπš—πšπšπšžπš‘ πšπš’ πšπšŠπš•πšŠπš– πš”πšŽπš•πšŠπšœ, πšπšŽπšπšŠπš™πš’ πšπš’πšπšŠπš” πš–πšŽπš—πšŒπšŠπš™πšŠπš’ πšœπšŽπš™πšŽπš›πšπš’ πš’πšŠπš—πš πšπš’πšœπšŠπšœπšŠπš›πš”πšŠπš—. π™°πšπšŠ πš’πšŠπš—πš πšœπšŽπš•πšŠπš•πšž πš—πšŠπš–πš™πšŠπš” πš–πšŠπš’πš—-πš–πšŠπš’πš—, πšπšŽπšπšŠπš™πš’ πš”πšŽπš™πšžπšπšžπšœπšŠπš—πš—πš’πšŠ πš•πšžπšŠπš› πš‹πš’πšŠπšœπšŠ. 
     π™Ώπš›πš˜πšœπšŽπšœ πš’πšπšž πšœπšŽπš‹πšŽπš—πšŠπš›πš—πš’πšŠ πšπšŽπš•πšŠπš‘ πš‹πšŽπš›πš•πšŠπš”πšž πš”πšŽπš›πšŠπš—πšŠ πšπšŽπš•πšŠπš‘ 𝚊𝚍𝚊 πšžπšœπšŠπš‘πšŠ πšπš’πš“πšŠπš•πšŠπš—πš”πšŠπš—, πšπšŠπš— πšπšŽπš—πšπšžπš•πšŠπš‘ πšπšŠπš” πš‹πš˜πš•πšŽπš‘ πš‹πšŽπš›πš™πšžπšπšžπšœ 𝚊𝚜𝚊 πš”πšŽπš›πšŠπš—πšŠ 𝚝𝚞𝚐𝚊𝚜 πš”πš’πšπšŠ πš‘πšŠπš—πš’πšŠ πš‹πšŽπš›πšπš’πš—πšπšŠπš” πšπšŠπš— πš‹πšŽπš›πšžπšœπšŠπš‘πšŠ, πš’πšŠπš—πš πšŠπš”πš‘πš’πš›πš—πš’πšŠ πš’πšπšž πš–πš’πš•πš’πš” π™°πš•πš•πšŠπš‘ πš‚πš†πšƒ, π™³πš’πšŠ πš’πšŠπš—πš πš–πšŽπš—πšŽπš—πšπšžπš”πšŠπš— πšœπšŽπšπšŠπš•πšŠ-πšπšŠπš•πšŠπš—πš’πšŠ.

Monday, July 19, 2021

Usia

Menyambut hari lahir kali ini dalam suasana PKPD, begitu juga esok, Hari Raya Korban.
     Usia meningkat, bertambah pengalaman dan bertambah ilmu kita tentang kehidupan. Dalam buku Mutiara Kata susunan Adi Alhadi, Plato menyatakan bahawa orang yang tenang dan ceria tidak akan merasakan tekanan usianya, tetapi bagi yang sebaliknya, usia ialah masalah. Walaupun dalam tempoh hampir dua tahun ini banyak duduk di rumah saja, tetaplah banyak perkara yang dapat dikutip seiring dengan usia kerana kita hidup pada zaman maklumat di hujung jari, tidak perlu ke kutub khanah yang menjadi sumber rujukan utama pada zaman dulu.
    Apabila bertambah usia, bertambahlah tanggungjawab sebenarnya, seiring dengan perkara-perkara baharu yang kita temui dan pelajari. Selamat hari lahir Along.

Sunday, July 18, 2021

Korban

Pemimpin silih berganti. Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah jadi Menteri Kanan.
        Pemimpin perlu berkorban untuk kesejahteraan tanah air, begitu juga rakyat. Dalam suasana bergolak disebabkan wabak, kesejahteraan seperti dululah yang kita idamkan. Aplikasi pun dinamakan 'MySejahtera', walaupun ada 'pergolakan' di situ, separuh Bahasa Melayu dan separuh lagi Bahasa Inggeris, 'sejahtera'  itulah yang kita semua idamkan. Demi kesejahteraan, banyak ikhtiar dilaksanakan dan banyak perkara perlu dikorbankan. Persepsi atau pandangan sememangnya tak dapat dielakkan kerana wabak ini melibatkan kegiatan ekonomi, iaitu punca pendapatan rakyat untuk menyara keluarga. Yang bekerja sendirilah yang paling terkesan. 
       Pengorbanan sememangnya diperlukan untuk memberikan kesejahteraan kepada semua. Dalam masa yang sama, kita tidak mahu ada yang 'terkorban' sebelum sampai masanya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sunday, July 11, 2021

Teruskanlah

"Ayah jangan makan banyak-banyak, kongsi tau!" kata Adik kepada Ayah setelah beberapa kali Ayah menyuruhnya mengambil cekodok pisang yang baru digoreng Umi.
       Sebelum itu, Achik cukup sedih, datang mengadu kepada Umi dan Ayah setelah Adik menunjukkan kotak coklat yang kosong.  Dia tak ingat untuk berkongsi coklat dengan Achik. Malam tadi, sewaktu membuka media sosial, banyak yang berkongsi kisah Benjy yang telah meninggalkan kita, Al-Fatihah dibaca, moga Allah menempatkannya di tempat yang terbaik. Pagi ini pula, banyak yang berkongsi keputusan Euro yang memihak kepada Itali setelah penalti. 
       Setiap hari kita berkongsi kesedihan dan kegembiraan, setiap hari kita berkongsi kesusahan dan kesenangan. Apa-apa yang boleh dikongsi, selagi tidak membawa mudarat, teruskanlah kerana kita pun berjejak di atas hamparan tanah yang sama, berteduh di bawah lapisan langit yang sama.

'Pakai Otak'

Kita selalu dengar orang cakap atau kita sendiri cakap, "Pakai otak!", tak pun, "Guna otak!"
       'Guna otak' atau 'pakai otak', dalam bahasa mudahnya, "Lu pikirlah sendiri!" itu yang sering disebut  Nabil dulu. Ini kelebihan kita sebagai manusia. 'Fikir' mendorong kita sentiasa buat timbang tara sebelum buat pilihan atau buat keputusan. Pilihan atau keputusan pula biasanya didasari ilmu, pengalaman, kaum keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan faktor sekeliling. 'Pakai otak' pun tak semestinya akan jadi seperti yang kita mahu atau kita impikan. 'Cobaan," itu kata-kata Pendekar Bujang Lapok.
        Setiap kali kita menerima cubaan atau ujian, setiap kali itu juga otak kita semakin ligat berfikir untuk mencari jalan selagi kita ada harapan, selagi kita mengharap sesuatu yang lebih baik terjadi. Insya-Allah, akan kita temui jalan yang lain.

Friday, July 9, 2021

65

Generasi pertama Felda melalui jerih perih mengharungi kehidupan. Usia penubuhan Felda sudah menjangkau 65 tahun.
      Di sesetengah tempat, generasi pertama Felda, sebahagian besarnya sudah pergi meninggalkan kita, Al-Fatihah dibaca. Hari Peneroka tahun ini secara maya saja. Tahun lepas, 7 Julai 2020, perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampus Tun Abdul Razak di Trolak, Sungkai. Pengalaman ke ladang satu pengalaman yang cukup berharga bagi anak-anak Felda, barulah tahu susah senang mak abah mencari duit untuk membesarkan kita. Masa berlalu, ada yang merantau ke tempat lain mencari rezeki, ada yang meneruskan kerja-kerja di ladang.
     Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, inilah yang sering bermain di fikiran kita. Terbang sejauh mana pun, tempat kita membesar pasti sentiasa di hati, apatah lagi bagi yang membesar di Felda. Sentiasalah ingat tempat kita bermula!

Saturday, July 3, 2021

Gerakan Rakyat

Covid menakutkan kita semua. Takut itu mewujudkan langkah-langkah berjaga-jaga.
      Langkah berjaga-jaga itu memberikan kesan kepada semua kerana ada yang terjejas teruk seperti kehilangan punca pendapatan dan tidak berduit untuk makan. Yang paling bahaya sampai ke peringkat bunuh diri. Maka, wujudlah gerakan rakyat seperti gerakan mengibarkan 'Bendera Putih' bagi yang memerlukan bantuan. Hulurkanlah bantuan selagi termampu walau hanya berkongsi maklumat di media sosial, kuasa tular itu pastinya menyebarkan kebaikan, Insya-Allah.
       Inilah masanya untuk kita berkongsi segala kebaikan yang ada untuk membantu sesama kita melalui gerakan rakyat. Usah mengira sedikit atau banyak dalam menghulur bantuan  kerana rakyat yang berkongsi segala kebaikan akan mewujudkan negara yang lebih baik, Insya-Allah.

Friday, July 2, 2021

Hidup Berjasa

Masa berjalan. Ini minggu terakhir bagi Cikgu Farehah, Cikgu Elissa dan Cikgu Afiqah mengajar sebelum ditempatkan di sekolah baharu. Esok pula sudah PKPD.
       Ayah dan Cikgu Fauzi Amir Gus dulu hanya berjalan kaki, beriringan dengan anak-anak Felda ke sekolah tempat kami menjalani latihan mengajar setiap pagi. Umi dengan Cikgu Rasuma pula berkereta setiap pagi ke tempat kerja sewaktu menjalani latihan mengajar.  Kawannya, Cikgu Zakiah duduk di meja depan tempat duduk Ayah. Cabaran yang dihadapi sudah tentulah tak sama, tahun demi tahun berganjak, pemikiran pun berubah, suasana pun beralih, namun mengajar tetaplah kerja yang mulia dan memerlukan kesabaran.           
     Yang dialami pasti tak sama, pengalaman itu tetap akan membantu dan hadir apabila diperlukan sebagai petunjuk. Pengalaman yang ditempuh sekarang pastinya akan bererti di sepanjang jalan kehidupan, teruskan Hidup Berjasa selagi terdaya!

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...