Translate

Friday, April 3, 2020

Bercermin

Di balik cermin mimpi,
aku melihat engkau,
di dalam engkau,
aku melihat aku, 
ternyata kita adalah sama,
di arena mimpi yang penuh bermakna.
Lagu Di Balik Cermin Mimpi, nyanyian Datuk M. Nasir tak jemu didengar, ada maksud yang mendalam.
    Pastinya, banyak yang usai bangun dari alam mimpi, terus menghadap cermin. Ada yang gelisah jika tak tengok cermin dalam satu hari. Tak ada cermin, telefon pintar pun boleh jadi cermin.  Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, buruk muka cermin dibelah bermaksud kerana kesalahan sendiri, orang lain yang dipersalahkan. Jangan bercermin di air keruh pula bermakna jangan diturut teladan yang buruk.
     Cermin diri baik untuk diri kita. Kita perlu cermin zahir dan batin diri kita untuk lebih bahagia dan tenang. Duduk diam di rumah cermin diri.

No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...