1 Mei, Hari Pekerja, Jumaat ketujuh tanpa solat Jumaat.
Limpahan cahaya biru di ruang tamu rumah Opah hampir setiap malam bermula apabila lampu semua ditutup. Lampu pada kipas itu dinyalakan tatkala hendak tidur. Selalunya Aidil yang akan menukar kepada cahaya biru. Pagi ini ayah membaca tentang nyalaan lampu biru. Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, pelaksanaan program 'Light It Blue' (30 April hingga 3 Mei) membabitkan bangunan-bangunan ikonik dan jalan-jalan protokol di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tanda sokongan kepada barisan hadapan, warna biru dipilih kerana warna rasmi bidang perubatan, memberi maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus (Astro Awani, Firdaus Azil).
Atuk menonton berita. Penuntut IPTA pun sudah banyak balik ke kampung.
No comments:
Post a Comment