Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu.
Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Hari ini, anak-anak As- Siddiq ada Ujian Amali Sains, begitu jua dengan Along. Sebelum ke tempat yang sepatutnya, mereka pun datang ke depan surau untuk bersalam dan didoakan oleh insan yang cukup istimewa, Alhamdulillah. Insan itu ialah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Menurut beliau, antara perkara penting dalam menuntut ilmu ialah ikhlas kerana Allah SWT. Selain itu, adab perkara utama ketika kita menuntut ilmu. Di samping itu, sewaktu kita belajar, ada masa kita rasa lemah semangat kerana hal tertentu. Walau bagaimanapun cabarannya, kita mesti belajar bersungguh-sungguh dan jangan putus asa. Seterusnya, kita mesti banyak membaca. Yang terakhir, kita jangan lupa menjaga masa atau menyusun masa serta banyak solat dan berdoa. Beliau turut berpesan supaya jadi cerdik serta luar biasa dan tidak berhenti belajar walau sudah punya Doktor Falsafah. Beliau turut menjelaskan bahawa cita-cita ibu bapa bukan sekadar mahu anak berjaya tetapi menjadi beriman dan paling berakhlak. Ingat mati juga sangat penting untuk kita.
No comments:
Post a Comment