Translate

Wednesday, February 15, 2017

Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 38

Ya, Allah aku hendak Tawaf Baitul Haram, tujuh keliling, Tawaf Umrah, maka mudahkanlah untukku dan terimalah daripadaku, kerana Allah Taala.

     Dalam buku Afala Ta'qilun (Merenung Kekuasaan Allah swt melalui Kajian Saintifik, Jaafar Al Siddiq) menyatakan bahawa peredaran darah atau apa-apa sahaja di dalam tubuh badan manusia mengikut lawan jam. Oleh itu, dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentu akan menambahkan tenaga.  

      Oleh sebab itulah orang yang berada di Makkah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur, Insya-Allah.

Cerita Ayah - Kisah ziarah umrah 37

"Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar."
    Kali pertama melihat Kaabah, ayah amat bersyukur. Cukup sukar untuk menggambarkan perasaannya.
    Firman Allah swt, maksudnya:
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ( sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia." (Surah Ali 'Imran 3:96)
   - Makkah Al-Mukarramah (Dr. Abd. Basit Abd. Rahman)

Saturday, February 4, 2017

Cerita Ayah-Kisah Ziarah Umrah 36

Kami diminta berada dalam kumpulan dan disarankan Ustaz melalui pintu 86, 87 dan 88 setelah selesai tawaf dan sa'i kerana jalannya terus menuju ke tempat penginapan.
     Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Masjidil Haram  dan kami terus membaca doa ketika masuk ke Masjidil Haram. Mata ayah  mula melilau mencari Kaabah.

Cerita Ayah-Kisah ziarah umrah 35

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan ialah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu."

       Inilah maksud talbiyah. Kami bertalbiyah bersama-sama mengikuti Ustaz menuju ke Masjidil Haram .
      Rezeki kami di sini hotelnya agak jauh dan cukup bersyukur kerana sudah berada di Kota Makkah.

Cerita Ayah -Kisah ziarah umrah 33

"Ya Allah tanah haram ini Tanah Haram-Mu dan negeri ini negeri-Mu dan keamanan ini keamanan-Mu, maka haramkanlah aku daripada api neraka dan amankanlah di hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu." (Panduan Praktis Umrah & Ziarah, Darul Numan)
    Doa ini boleh dibaca ketika masuk Tanah Haram Makkah. Ada juga doa ketika melihat Kota Makkah. Kami sampai di Makkah lebih kurang pukul 10 malam.

Cerita Ayah-Kisah ziarah umrah 34

Alhamdulillah, sampai  juga di Makkah. Sampai di hotel, kami naik seketika sebelum pergi untuk menunaikan tawaf.
    Kami disajikan lagi dengan pemandangan yang berbeza dan bercahaya. Di sekitar bangunan hotel dipenuhi bangunan hotel dan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan.
  Kami menginap di Hotel Yajid.

Wednesday, February 1, 2017

Cerita Ayah- Kisah ziarah umrah 31

Alhamdulillah, usai di miqat Bir Ali, maka bermulalah 13 larangan dalam ihram.
   Kami bertalbiah di dalam bas sambil melihat pemandangan berbukit dan memandang langit petang kian merah. Sewaktu di Masjid Nabawi sempat juga ayah merakam keindahan langit di sana.

   

Salam Aidilfitri

"Benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain," inilah kata-katanya yang menceritakan segala-gal...