Bercerita tentang Formula One (F1), Ayah hanya ada secebis pengalaman di Litar Antarabangsa Sepang sewaktu mengiringi anak-anak murid.
Ayah masih membaca buku Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, versi Bahasa Melayu terjemahan Datuk A Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara ke-9), terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd. Kali ini, Ayah membaca Bab 54, mengisahkan '1998: Sukan Hebat dan KLIA'. Memetik kata Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, "Tidak ada gunanya kita membina litar itu kalau hanya untuk F1 kerana ia akan berlangsung selama tiga hari sahaja setahun. Litar itu mesti digunakan untuk acara lain seperti Perlumbaan Formula Asia dan perlumbaan mingguan amatur yang diadakan di litar lumba Shah Alam. Selepas mencapai rekod pembinaan yang mengambil masa hanya 14 bulan, Litar Antarabangsa Sepang dibuka secara rasmi pada awal 1999." Berbalik pada pengalaman Ayah, Ayah tak sangka sewaktu perlumbaan sebenar di Litar Antarabangsa Sepang, walaupun duduk di tempat paling belakang, bunyinya sangat bingit, boleh mencapai 130 hingga 140 desibel (dB). Itu pengalaman tanpa pelindung telinga.
Secebis pengalaman yang kita ada atau kita tempuhi, ada masanya ada kisah yang sangat besar di sebaliknya. Dari situ kita harus mengerti bahawa secebis pengalaman atau segudang pengalaman itu tetaplah sangatlah berharga kerana pengalaman itu dapat menghubungkan dengan apa-apa yang telah kita baca atau akan kita baca.
Translate
Sunday, October 4, 2026
Secebis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Secebis
Bercerita tentang Formula One (F1), Ayah hanya ada secebis pengalaman di Litar Antarabangsa Sepang sewaktu mengiringi anak-anak murid...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment