Translate

Wednesday, February 20, 2019

Tolong

Alhamdulillah, Achik sudah keluar dari hospital. Umi pula kurang sihat.
       Begitulah kehidupan, kita sentiasa diuji. Hari ini memang agak sibuk. Umi bercuti dan perlu melayani Achik dan Adik. Ayah bekerja seperti biasa dan perlu menyelesaikan teks pengacara majlis  untuk 'Masterclass Workshop with Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO)' Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019 Peringkat Zon Timur. Along dan Angah waktu petang ada latihan sukan. Sebelumnya, Along menunjukkan giginya tiada kerana dicabut doktor gigi di sekolah.                     Tidak kira sesiapa pun, kita semua ada tugas yang perlu dijalankan. Memang memenatkan dan perlu kita dilalui. Dalam keluarga atau organisasi, sudah pasti kita perlu tolong-menolong untuk mengurangkan tekanan atau beban.

No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...