Translate

Friday, February 1, 2019

Kayu Api

Yang menariknya kenduri zaman dahulu, lauk-pauk dimasak menggunakan kayu api.
       Zaman dulu, persiapan cukup awal. Waktu cari kayu api cukup seronok, boleh ikut naik lori. Kalau di Felda, antara tempat cari kayu api ialah ladang getah. Pokok getah yang sudah mati ditebang dan dikerat-kerat sebagai persiapan. Kayu api ditutup supaya tidak basah ditimpa hujan atau diletak di tempat yang sesuai. Sudah tentu aroma atau bau masakan tidak sama apabila menggunakan  kayu api berbanding dapur gas.
       Datang rumah pak cik Hafiz, tengok pak cik Hafiz sedang memasak menggunakan kayu api. Menggamit nostalgia.

No comments:

Sajak — Ujar Detik Yang Beredar

Pagi ini aku melihat  pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...