Syak wasangka boleh datang kerana pengalaman diri dan orang lain atau melalui pembacaan.
Kadang-kadang, kita duduk seorang diri, ada yang datang dan kita mula curiga kerana sebelumnya pernah datang yang menjaja cerita sedih dan kemudian meminta wang kononnya dalam kesusahan. Di hari lain, terserempak orang yang sama menjaja cerita sama di tempat lain. Rupa-rupanya, kali ini yang datang, duduk di sebelah hanya untuk berehat dan melepaskan lelah pulang dari tempat kerja serta mahu berborak sebelum melangkah ke rumah. Kadang-kadang dari belakang, ada yang membunyikan hon seperti kita tidak perasan lampu sudah bertukar hijau dan rupa-rupanya, pintu kereta tidak rapat setelah melihat lampu merah gambar pintu menyala.
Banyak perkara mungkin menimbulkan syak wasangka dan berdoalah supaya urusan kita dipermudah Allah s.w.t serta dipertemukan dengan orang yang baik.
Translate
Thursday, February 21, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment