Translate

Tuesday, February 12, 2019

Otak

'Guna otak' itu selalu ayah cakap dan mungkin juga orang lain cakap begitu.
       Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak dimaknakan sebagai organ di bahagian atas kepala, yang mengawal pemikiran (perasaan), benak. Dalam kamus yang sama, otak ayam maksudnya bodoh. Otak minyak pula maknanya pandai. Kepala otak atau kepala hotak pula sering digunakan sebagai kata makian. Tengkorak pula maksudnya tulang kepala (yang mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala.
      Apabila sudah ada otak, bertindak kenalah pakai otak. Jangan sampai orang cakap kita tidak ada otak. Apabila tidak guna otak,  lebih banyak cacian atau makian berbanding cadangan atau pujian.

No comments:

Luah

Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...