Translate

Sunday, February 24, 2019

Cinta

Sedap juga mendengar lagu 'Hakikat Sebuah Cinta'. Sudah lama tidak dengar.
      Adik pula sudah dapat 'kaki'. Sudah empat lima langkah. Selepas maghrib tidur dan tidurnya tidak lama. Pukul berapa pula hendak tidur? Baca akhbar dalam talian, banyak sangat isu. Banyak sangat yang suka mencetuskan kontroversi dan seolah-olah sengaja menyentuh isu-isu sensitif. Itu namanya sengaja cari penyakit. Kesabaran ada hadnya. Tolak ansur ada hadnya. Kenapa ada yang suka cari pasal? Sebab ada yang menyokong. Yang menyokong ada agenda tersendiri, agenda peribadi.
      Cinta itu wujud atas dasar saling  menghormati, saling memahami dan saling mengerti.  Cinta kepada Allah s.w.t dan Rasul itu satu keutamaan.


No comments:

Luah

Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...