Translate

Monday, February 4, 2019

Misi

Di Kuantan sudah mula kelihatan durian.
         Namun masih awal, belum begitu banyak durian. Khabarnya, sudah gugur di Krau dan di Raub. Maka, misi pun bermula. Kami ke Karak menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur dan keluar ke Karak menghala ke Telemong. Bulan 12 dahulu juga melalui jalan itu. Berhenti kali pertama, nampaknya durian yang banyak di dalam raga sudah ditempah. Meneruskan perjalanan dan mengharapkan ada durian yang dijual di seberang jalan berhadapan Balai Polis Telemong. Ah, tidak ada! Kereta terus bergerak dan di sebelah kiri berhampiran Shell sudah nampak longgokan durian di atas meja.
        Alhamdulillah, durian kampung sekilo RM 8 cukup memuaskan hati dan dalam perjalanan balik, singgah lagi dan yang tinggal hanya rambutan.

No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...