Sudah 27 tahun, penyanyi kesayangan kita, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita (22 Februari 1992).
Hari ini, dalam Harian Metro (Dari Hati Saodah Ismail, ditulis oleh Ridzuan Abdul Rahman) memaparkan tentang pelancaran buku Sudirman Yang Kukenali, tulisan Saodah Ismail (bekas wartawan Hiburan akhbar Harian Metro dan Berita Harian) yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said. Lagu 'Balik Kampung' sering meniti di bibir kami sewaktu zaman sekolah dan kami cukup bangga apabila dapat minum air tin jenama 'Sudi'.
Begitulah hidup ini, suatu masa kita akan menjadi kenangan. Setiap masa perlu kita ingat, apa-apa yang kita bina di sini, kita akan bawa ke sana. Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita.
Translate
Saturday, February 23, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment