Translate

Saturday, February 9, 2019

Al-Fatihah

Ayah teringat kata-kata Rambo,"Live for nothing or die for something."
       Dalam Islam, kita selalu sebut 'husnul khotimah'. Sudah tentu dalam hidup ini, kita mahu penyudahan yang baik. Kita mahu apa-apa yang kita lakukan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Kita perlu membiasakan diri kita untuk melakukan perkara yang baik dan bersedia untuk ditegur untuk menjadi lebih baik.
Sebagai ibu bapa, guru, kawan dan anggota masyarakat pula, kita perlu menunjukkan contoh yang baik untuk melahirkan rakyat yang baik.
      Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun telah  meninggalkan kita tetapi dia tetap hidup dalam ingatan setiap orang. Al-Fatihah. Moga kita juga dikurniakan 'husnul khotimah', Insya-Allah.

No comments:

Sajak — Ujar Detik Yang Beredar

Pagi ini aku melihat  pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...