Translate

Monday, February 4, 2019

Cemburu

Cemburu? Semestinya ayah cemburu.
        Anak-anak main air, mandi sungai, ayah pula ada sehelai sepinggang. Sudah tentu seluar  ayah lambat kering jika kena air berbanding mereka berseluar trek. Ayah dan umi turun juga ke dalam air, merasa sejuk air sungai yang mengalir. Selalunya datang ke sini hanya berdiri di atas jambatan kecil memerhati. Kali ini, Mak Lang Siti membawa anak-anak mandi di anak sungai di belakang rumah. Opah hanya memerhati. Bukan lagi gembiranya anak-anak, itu kali pertama mandi sungai.
        Ayah pun tak ingat kali terakhir ayah mandi sungai. Yang pastinya, tanggungjawab kita untuk memastikan air sungai terus mengalir tanpa sebarang pencemaran.

No comments:

Membekas

Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah.     ...