Masakan emak kita ialah masakan yang paling sedap di dunia. Rasanya tidak pernah berubah.
Waktu dahulu, bukanlah hidup senang sangat. Kami diajar berkongsi dan makan apa-apa yang ada. Kami diajar, seekor ikan dibahagi dua. Seorang dapat separuh. Selepas makan, pinggan mesti dibasuh. Kutip nasi yang tumpah. Kata orang tua-tua, pada nasi itu ada berkat. Seboleh-bolehnya, jangan dibiarkan jatuh atau tumpah. Antara menu yang Opah selalu masak ialah masak asam pedas. Ada pula pajeri terung atau nanas. Pajeri sudah tentu rasanya unik kerana dimasukkan kerisik.
Alhamdulillah, cukup beruntung bagi kita yang masih mempunyai ayah dan emak. Sayangilah mereka sebagai mana mereka yang cukup menyayangi kita.
Translate
Friday, February 8, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment