Ada masanya emak akan mengubah kedudukan perabot. Walaupun kerap kali bahagian di bawah sofa dibersihkan, apabila sofa dialih, akan tetap ada bermacam-macam benda di bawahnya.
Salah satu benda yang akan ada di bawah sofa ialah botol susu. 'Remote control' pun ada. Barang permainan sudah tentu menjadi barang yang wajib ada di situ. Pada waktu ini juga emak akan menemui pengikat rambutnya yang selalu hilang. Padahal anak emak dan ayah semua lelaki. Emak pun pelik kerana mereka gemar sangat bermain dengan pengikat rambut.
Kadang-kadang ayah 'pusing' satu rumah mencari sesuatu. Bantuan emak diperlukan. Emak menggunakan telefonnya. Dia mendail nombor telefon ayah untuk mengesan kedudukan telefon ayah dan ayah pula sering menggunakan mod 'senyap'.
Akhirnya, di manakah telefon ayah?
Sudah tentu di bawah sofa. Ayah terlupa bahawa dia telah meletakkannya di situ. Ayah menyorokkan telefon daripada anak-anak ayah.
Translate
Wednesday, August 3, 2016
Sofa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment