Yang seorang nak tengok Ultraman. Yang seorang lagi nak tengok Tobot. Maka cerita Ultraman bermula. Selesai cerita Ultraman, diulang sekali lagi cerita Ultraman. Akhirnya yang seorang lagi mengadu kepada ayah.
Ayah menyuruh cerita Tobot dipasang. Yang seorang tidak mahu mengalah. Kedua-duanya bergaduh. Ada yang kena gigit dan sebagainya. Ada masa yang seorang membiarkan sahajanya dirinya dipukul. Ada masanya saling berbalas tumbukan dan sebagainya.
Apabila cakap ayah tidak dipedulikan, ayah mengambil rotan yang tergayut berhampiran pintu dapur. Yang seorang sudah 'faham bahasa'. Yang seorang lagi masih kecil dan tidak 'reti bahasa'. Ayah menutup televisyen. Yang seorang tersedu-sedu. Yang seorang lagi menangis kuat dan datang memukul- mukul kaki ayah.
Ayah ke luar rumah dan memanggil mereka. Ayah menunjukkan anak kucing yang sedang bergurau senda dan saling bercakaran.
"Macam kamu berdua," kata ayah.
"Boleh tengok tv jika tidak bergaduh," tambah ayah lagi.
Ayah masih di luar. Mereka masuk ke dalam rumah. Kemudian,abang keluar.
"Ayah, adik dah setuju nak tengok cerita Tobot, lepas tu baru cerita Ultraman," kata abang tersenyum. Rupa-rupanya abang memujuk adiknya dan dia berjaya.
Anak-anak bergaduh tidak lama dan mereka kembali menonton bersama.
Translate
Tuesday, August 2, 2016
Pujuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment