Anak-anak kecil jarang sekali dilihat berputus asa. Ayah juga seharusnya mendorong anak-anak agar tidak berputus asa. Ayah perlu menggalakkan anak mencuba sekali lagi dan mencuba sekali lagi jika tidak berjaya melakukan sesuatu.
Anak-anak tidak seharusnya ditakutkan-takutkan dengan sesuatu untuk mencuba sesuatu. Sesuatu yang mungkin kurang bahaya bagi dewasa seperti memanjat sememangnya amat bahaya bagi si anak kecil yang baru bermula.
Seharusnya ayah yang bersedia dengan segala kemungkinan untuk memastikan anak-anak mencuba sesuatu yang harus dicubanya seperti memanjat bagi menguatkan dan membina otot-ototnya melalui aktiviti lasak.
Ayah perlu berada di samping mereka buat permulaan untuk menimbulkan keyakinan anak-anak melakukan sesuatu yang baharu. Keberadaan ayah akan mengurangkan rasa cemas dan menambahkan semangat dan rasa selamat mereka. Kemudian, barulah ayah boleh melepaskan mereka 'terbang'.
Ayuh, teruskan!
Translate
Tuesday, August 23, 2016
Galak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment