Pagi tadi ayah agak awal. Kami menunggu sekolah angah dibuka. Ayah menggerakkan-gerakkan badan Angah. Angah yang masih berselimut merengek. Katanya mahu tidur lagi.
Dia menyuruh ayah menghantar abang terlebih dahulu. Ayah menyatakan bahawa ayah perlu memandu ke sekolah angah semula jika mahu menghantar along lebih awal ke sekolahnya.
Dia mula menangis. Ayah cuba memujuk. Dia terus menangis dan meronta-ronta.
"Balik nanti kita pergi kedai dua ringgit," kata ayah.
Dia terus menangis. Ayah menangkap dan mencempungnya masuk ke sekolah kerana dia lari ke kerusi belakang kereta.
"Ayah kata tadi nak pergi kedai dua ringgit?," kata angah di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah.
"Ye ke?," balas ayah.
"Ye, ayah," cakap angah bersungguh dan mula merengek-rengek.
Ayah pun memulas stereng. Kereta berpatah balik menuju ke kedai dua ringgit.
"Ingat dia tak dengar. Rupa-rupanya, janji nak pergi ke kedai, dia boleh dengar dan ingat walaupun tengah menangis ," cerita ayah kepada emak.
Translate
Thursday, August 11, 2016
Ingat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment