Anak-anak tidak pernah duduk diam. Mereka seolah-olah tidak pernah kehabisan tenaga. Ada-ada sahaja perkara yang dibuat oleh mereka. Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu tidak pernah padam. Mereka tidak pernah putus asa untuk mencuba.
Ayah perhatikan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru cukup tinggi dalam diri anak-anak. Keinginan inilah yang patut ayah contohi daripada anak-anak yang tidak pernah berhenti mencuba dan tidak putus asa melakukan sesuatu sehingga berjaya. Apabila terjatuh, anak-anak bangun semula. Apabila tidak berjaya, anak-anak akan kembali mencuba.
Kata Ralph Waldo Emerson, "Jangan berasa segan dan bosan dengan apa-apa yang anda lakukan. Hidup ini sesungguhnya satu percubaan". Publilius Syrus pula menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang tahu apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang sehingga dia mencubanya.
Kata ayah," Cuba selagi bernyawa dan jangan sesekali berputus asa".
Translate
Monday, August 1, 2016
Cuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment