Peribahasa masuk bakul angkat sendiri bermakna membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.
Selain digunakan dalam peribahasa, bakul juga boleh menjadi alat permainan yang menyeronokkan. Apabila adik masuk ke dalam bakul, ayah menarik dan menolak bakul.
Ayah menolak ke kanan, menolak ke kiri dan memusingkan bakul. Adik yang berada di dalam bakul tidak diam akibat daripada tolakan dan tarikan yang dilakukan ayah.
Adik seolah-seolah menaiki kereta laga di 'funfair'. Abang-abangnya tumpang sekaki apabila melihat adik mengekek-ngekek di dalam bakul kerana seronok.
Tolakan dan tarikan ayah semakin perlahan kerana berat semakin bertambah. Masing-masing menunggu giliran. Ada masanya mereka berebut-rebut kerana hanya dua orang muat di dalam satu bakul.
Ayah berhenti, mereka pun berbunyi. Tak apalah, walaupun tangan ayah lenguh, sekurang-kurangnya peluh ayah keluar dari liang roma.
Translate
Monday, August 22, 2016
Bakul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment