Saat ayah menulis ini, Chelsea menyumbat gol kedua walaupun pada mulanya Watford menyumbat gol pendahuluan. Kedudukan menjadi dua satu. Liverpool tewas di tangan Burnley, dua gol tidak berbalas.
Malam ini, ayah bermain bola dengan anak ayah di dalam rumah. Petang tadi hujan. Apabila ayah bermain bola dengan dia, ayah kena pastikan dia menang kerana dia masih tidak dapat menerima kekalahan dalam umur yang sebegini.
Apabila ayah mendahului, dia mula berbunyi. Dia merungut dengan mengatakan bahawa ayah 'main kasar' tetapi dia 'main lembut'. Dengan 'membenarkan' dia menang, permainan akan berakhir dengan suasana tenang.
Insya-Allah, satu hari dia akan faham bahawa kalah dan menang itu permainan dalam kehidupan. Dia akan belajar menerimanya. Dia akan banyak belajar daripada kekalahan dan kemenangan.
Translate
Saturday, August 20, 2016
Menang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik
Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment