Main waktu petang selepas balik dari sekolah bagus untuk anak-anak. Selain menyihatkan badan, malam mereka akan tidur awal kerana keletihan.
Malam ini nampaknya, bukan mereka yang tidur awal tetapi ayah. Mujur ada emak yang cukup sabar melayan mereka.Tenaga anak-anak cukup banyak bak bateri 'Energizer'.
Setelah ayah terjaga dek kerana dikejutkan nyamuk, mereka masih belum tidur. Ayah baru terbaca di Sinar Harian tentang kota Berezniki di Rusia mengadakan Festival Nyamuk Rusia. Mereka membiarkan diri mereka digigit nyamuk sewaktu festival ini. Mungkin ayah boleh tanya Harith yang belajar di Rusia tentang festival ini. Setelah permintaan anak-anak dipenuhi, sekarang sudah sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi jam dinding dan bunyi pendingin hawa.
Translate
Monday, August 15, 2016
Petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak — Terima Kasih Cikgu
Membenderangi bak bulan menerangi bak matari ajar tutur nur suluh gelap hidup terima kasih Cikgu Selamat Hari Guru. 16 Mei 2026 Kuantan ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment