Selepas makan coklat, kami pergi ke Taman Gelora. Anak-anak tidak sabar untuk memanjat kerana di rumah, yang mereka panjat hanyalah pagar pintu rumah.
Sampai di sana, along dan angah terus memanjat. Adik pun seronok juga apabila ayah dan emak mengangkatnya ke atas tempat gelongsor. Kemudian, ayah dan emak membiarkan adik menggelongsor sendirian. Dia bangun semula dan meminta diangkat lagi.
Kemudian, kami berhenti dan menuju ke gerai makanan. Selain makan, di sini juga ramai orang datang untuk berjoging.
Emak suka nasi ayam di sini. Ada keropok lagi emak suka. Ayah meminta rojak dan air limau. Suara ayah masih belum keluar sepenuhnya.
Yang pasti, anak-anak cukup gembira hari ini. Ayah? Rasa bersalah kerana lupa tarikh penting.
Terima kasih sekali lagi sayang.
Translate
Wednesday, August 24, 2016
Gelora
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment