Sampai di Giant, masing-masing cukup gembira. Masing-masing tidak sabar untuk memanjat dan bermain gelongsor yang berada di tengah-tengah medan selera (food court).
Emak sudah beratur untuk membeli mi 'sizzling'. Sepinggan berharga lima ringgit dua puluh sen. Jika mi mahu ditambah dengan telur, jumlah sepinggan menjadi enam ringgit sepuluh sen.
Ayah masih ingat sewaktu angah belum bersekolah. Ayah duduk di hadapan muka pintu tempat bermain kerana menunggu along dan angah bermain. Tiba-tiba rak kasut plastik di sebelah kiri pintu runtuh. Ayah cuba memasang kembali rak kasut dan tiba-tiba along muncul untuk menolong ayah.
Apabila siap memasang, ayah menyuruh along mencari angah yang tidak kelihatan. Tambahan pula, anak-anak kecil yang bermain bertambah banyak. Along mencari, ayah pun mencari tetapi angah tiada di situ.
Melilau ayah dan along mencari angah. Emak muncul setelah bersolat dan emak pun turut mencari angah. Cemas tak dapat dihitung pada waktu ini.
Syukur Alhamdulillah, akhirnya, ayah dan along menjumpai angah. Dia sedang bergembira melompat-lompat di depan muka pintu pasar raya Giant. Tentu dia keluar dari tempat bermain sewaktu ayah dan along membetulkan kembali rak kasut yang roboh.
Peristiwa ini membuatkan ayah dan emak bertambah berhati-hati setiap kali ke mana-mana kerana tidak mahu peristiwa yang sama berulang lagi.
Translate
Saturday, August 20, 2016
Cari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment