"Burger satu," ayah membuat pesanan. Abang lapar burger. Adik mahu juga. Ayah cakap,"Kongsi."
Abang mundar-mandir. Sekejap-sekejap datang mengadu kelaparan. Kemudian, main kejar-kejar mereka di birai kedai. Burger sedikit lambat siap kerana orang lain pun sedang menunggu.
Burger pun tiba. Selepas membasuh tangan, dia membaca doa. Dia terus memegang burger dengan sepuluh jari dan menggigit burger ayam dengan gigi kekal yang baru sebatang ( yang lain gigi susu).
Adik meminta burger daripadanya. Masih belum kenyang, dia tidak mahu berkongsi. Ayah meminta dan mengambil burger pada tangannya.
"Adik makan tak banyak," kata ayah.
Ayah menyuapkan ke mulut adik. Abang berlari ke dalam kedai untuk membasuh tangan. Dia merajuk.
Dia tidak mahu makan. Adik pun makan tidak banyak. Mereka berlari-larian kembali. Kemudian, mereka datang. Adik makan burger. Abang meminta, adik memberi.
Adik makan sebelah roti burger,abang makan sebelah lagi. Akhirnya mereka berkongsi. Ayam dalam burger dihabiskan ayah.
Translate
Friday, August 26, 2016
Kongsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment