Ayah bawa anak-anak pergi kedai RM 2. Dahulu RM 2, kini RM 2.12 setelah dikenakan GST.
Setelah ulang-alik di bahagian permainan, abang memilih gasing. Tiga gasing plastik dalam satu paket.
Apabila sampai di rumah. Ayah mengajar abang cara memegang gasing, cara memegang tali, cara melilit tali dan cara melemparkan gasing. Tali perlu ditekan kuat pada badan gasing supaya tali yang dililit kemas tidak terlucut daripada badan gasing.
Kemudian, gasing boleh dilempar dengan cara memegang kepalanya di atas dan paksinya di bawah atau boleh dilempar dengan cara paksi di atas dan kepalanya di bawah.
Hampir sepuluh kali abang melontar, barulah dia berjaya melempar gasing dan gasing berpusing setelah terkena pagar. Balingan selepas itu masih tidak menjadi dan gasing berpusing menggunakan kepala, bukan paksinya (paku).
Kejayaan itu semakin hampir dengan kita selagi kita mencuba dan tidak berhenti mencuba.
Translate
Monday, August 8, 2016
Gasing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment