Ya, dia sedang bekerja. Masakan tidak, walau dikata orang Monday Blues, semangatnya lain macam, pagi dia sudah jerit-jerit.
Mana kautahu? Ah, Aku punya telinga macam yang lain. Telinga yang boleh mendengar. Kau takada kerjakah? Itukan kerja dia. Buat apa kaudengar orang jerit-jerit. Jerit-jeritnya sampai ke telinga aku. Aku bukan jenis yang boleh sumbat telinga dengar lagu macam-macam atau dengar apa-apa saja. Telinga aku mau bebas. Jerit-jeritnya dari Senin sampai Jumaat. Jika tidak pagi, mungkin tengah hari, jika tidak tengah hari, mungkin menjelang petang. Ah, sudah persis lagu. Habis apa yang kaumau? Kerja macam dia? Jika kau takmau begitu, kauharus diam. Biar dia yang jerit-jerit, biar dia buat kerja dia, biar yang lain dengar, nampak dan akhirnya, dari hujung sini sampai hujung sana, semuanya tahu dia sedang buat kerja. Dia sangat fokus, tak peduli kerja orang, tak peduli orang, fokus dan komited dengan jerit-jerit. Kautak fokus dengan kerjakau! Ya, kauperlu lebih fokus!
Ya, teh hijau mempunyai L-theanine yang menenangkan tanpa rasa gelisah, membaiki perasaan hati dan keupayaan tumpuan. Dapatkan secawan teh hijau untuk hari yang lebih indah tanpa jerit-jerit pada setiap hari.
Translate
Wednesday, August 12, 2026
Dapatkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dapatkan
Ya, dia sedang bekerja. Masakan tidak, walau dikata orang Monday Blues, semangatnya lain macam, pagi dia sudah jerit-jerit. Mana kau...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment