Sabtu, 1 Februari, Arah masih berkain pelikat, Along dan Angah jadi pemandu arah, berpandukan Google Map, lebih kurang pukul 8 pagi kami bergerak. Cuaca baik, kesihatan pun baik, Alhamdulillah.
Kami sampai sedang elok, majlis baru hendak bermula, semua telah ada. Jalan yang bersimpang-siur dan berlapis-lapis di ibu kota, bukanlah kepakaran Ayah. Bukan semalam di Kuala Lumpur tetapi semalam di Selangor, Ahad pun sampai. Menghampiri tengah hari, kami sudah di Nilai, Arah masih berpelikat walau telah berada di empat negeri. Tahniah buat Wan Su dan Busu, juga buat Abang Fizan dan Kak Shida, moga Allah SWT melimpahkan dan memberkati rezeki. Bergerak balik, menikmati pemandangan hutan batu, berdiri dari jauh teguh, bangunan yang diilhamkan daripada detik bersejarah saat laungan 'Merdeka', Menara Merdeka 118. Sampai di Gombak, kenderaan beratur panjang menghala ke ibu kota, banyak yang pulang kembali setelah bercuti sempena Tahun Baharu Cina. Sampai di rumah Opah, ada tetamu, Pak Ngah Juri bersama dengan keluarga, Tok Ngah Rahim, Tok Ngah Ani, Tok Lang dan Nenek. Sebelumnya, Nenek dan Tok Ngah melawat Tok Pah.
Alhamdulillah, perjalanan mesti kita teruskan. Moga semuanya diberikan kesihatan dan kemudahan, rezeki dan umur yang diberkati oleh Allah SWT. Segala-galanya telah diatur, kita hanya merancang dan yang terbaik untuk kita hanya Allah SWT yang mengetahui.
No comments:
Post a Comment