Translate

Friday, February 28, 2025

Mengisi Ruang

Sabtu lepas, 22 Januari ke rumah Abang Jamil Balok, di muka pintu Cikgu Jafri sudah menanti. Sebelum itu, Cikgu Aidil dengan keluarga, pak cik Hafiz dengan keluarga sudah kelihatan.
       Sebelum berjumpa Cikgu Jafri, ditegur anak murid, Farhan. Melepasi tuan rumah, banyak lagi yang lain, jurunikahnya pun ada di situ. Berjumpa, makan dan bertanya khabar, banyak yang sudah agak lama tak ditemui. Malamnya, sudah ada temu  janji dengan Cikgu Lan. Masa berjalan, Rabu pula ada temu janji dengan AK. Menghampiri Maghrib malam Jumaat, Baba muncul dengan Aidil, menyelesaikan urusan ke sekolah baharu. Jumaat pagi, berlangsungnya Majlis Ihya' Ramadan. Petang pula mengambil Along. Malamnya, banyak menanti pengumuman puasa dan meneka-neka warna baju Penyimpan Besar Mohor Besar Raja-raja. Pagi Sabtu, 1 Mac berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG ke-48. Anak-anak bersama dengan Umi.
        Seminggu berjalan sekejap saja dengan macam-macam perkara. Banyak perkara yang mesti dilakukan dan dilalui untuk mengisi ruang hidup dengan lebih banyak kebaikan. Kita akan merindui hari-hari yang berlalu kerana di situ terletaknya kemanisan.

No comments:

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...