Minggu terakhir cuti sekolah, banyak yang perlu disenaraikan untuk diselesaikan, terutamanya berkaitan anak-anak. Dalam masa yang sama, banyak juga peristiwa berlaku.
Umilah yang pakar dalam bab membeli untuk anak-anak, maka diserahkan kepada yang pakar, jadi selesai satu bab pada hari Ahad dan Isnin. Bab yang lain masih ada, kena ikut keutamaan, hari demi hari ada senarainya. Hari ini sudah 12 Februari, Al-Fatihah untuk arwah Tok Guru dan yang telah meninggalkan kita. Isnin, 10 Februari juga ada berita sedih, kawan Ayah, pak cik Walek pos berita tentang kawan kami, Cikgu Noradznie yang telah kembali ke alam abadi. Pak cik Walek pun mesti ingat tentang arwah Tok Pah. Kami pernah ke Sungai Bil kalau tak silap (tolong betulkan jika tersalah) sewaktu Na dan Ayah belajar dulu. Mungkin pak cik Walek juga berjumpa dengan arwah Tok Pah semasa Ayah di hospital dulu.
Hari demi hari mesti diharungi untuk menyelesaikan perkara yang telah dirancang dan perkara yang bukan dalam rancangan. Dalam suka, dalam duka, hidup perlu diteruskan walau ada yang telah pergi kerana kita pun pasti menyusul. Berdoalah dan bantulah yang lain selagi kita punya nadi.
No comments:
Post a Comment