Lepas maghrib, Ayah suruh Angah keluarkan sambal belacan yang dibuat Opah yang ada di dalam peti ais. Kemudian, Ayah suruh Angah panaskan tomyam.
Selepas itu, Ayah bau sesuatu, rasanya bukan bau tomyam yang bertebar. Ya, bau sambal belacan! Yang dipanaskan Angah di dalam ketuhar bukanlah tomyam tapi sambal belacan. Ayah tak pasti, Angah salah dengar atau Ayah yang salah cakap. Sebelah petang lepas Jumaat, bawa pergi gunting rambut, agak lama kena tunggu, banyak orang, itu tanda sekolah dah nak buka. Pagi pula ke sekolah baharu Angah, dengar taklimat dan urusan koperasi. Khamis, 13 Februari sudah berlangsung mesyuarat, tak ada lagi suara orang lama yang banyak pengalaman — Cikgu Hamdan dan Cikgu Nasir yang baru bersara. Sabtu sampai, uruskan Angah dan Adik. Ahad, cuti terakhir, Along pun sudah balik, persiapan terakhir persekolahan bermula dengan melekatkan lencana. Dalam Buku Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi, kata Emily Dickinson, "Kerana yang berlalu itu tidak akan kembali, maka hidup ini menjadi sangat indah."
Yang lalu sering dikenang, setiap saat yang datang ialah masa sekarang dan masa depan. Tetaplah dikenang walau manis, walau pahit cuba untuk dilupakan, kedua-duanya tetap mengajar kita menjadi lebih kental dalam mengharung cubaan kerana sesuatu yang indah sedang menanti kita, Insya-Allah.
Translate
Sunday, February 16, 2025
Sedang Menanti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramadan Kareem
Moga amalan kita bertambah. Moga Allah SWT merahmati dan memberkati kita. Selamat Berpuasa.
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
No comments:
Post a Comment