Translate

Saturday, February 8, 2025

Sentiasa Istimewa

Cucu-cucu di rumah, banyaklah Opah memasak selain baulu, karas dan peneram yang ditempah orang. Penuh meja tatkala semua makan.
      Ada yang mahu makan laksa, semalam sebelum ke bandar, Opah sudah siapkan awal-awal. Pagi ini Ayah dan Angah habiskan laksa. "Daun kesum tak ada," beritahu Opah.  Daun kesum tak ada tapi tetap sedap sebab ada bunga kantan. Macam biasa, Ayah campurkan dengan kicap Mudim yang pekat ke dalam kuahnya. "Kicapnya macam dekat Makkah," kata Angah. Cikgu Amir pun dah tahu rasanya macam mana apabila laksa campur kicap. Kuih koci pun ada pagi ini selain nasi goreng yang ada hampir setiap hari. Ayah ke dapur, tengok ada solok lada. "Makan dengan nasi," kata Opah. Tok Pah pun suka solok lada," tambah Opah lagi. Jika Tok Pah masih ada, pasti Opah sudah turun ke rumah Tok Pah hantar solok lada.
       Makan dan makanan boleh buat kita terkenangkan seseorang dan terkenangkan saat menikmati makanan bersama-sama. Momen yang kita lalui bersama tatkala menikmati atau berkongsi juadah itu membuatkan seseorang sentiasa istimewa dan 'hidup' dalam hati kita walau telah tiada.


No comments:

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...