Petang Khamis, "Remote hilang," kata Adik. Ayah jawab, "Remote tak hilang, Adik yang tak jumpa."
Ayah pun meraba-raba di celah sofa. Dua kali raba, Ayah pun jumpa alat kawalan jauh, sudah beberapa hari tak ditemui. Sekejap saja sudah Jumaat, sudah lima hari sekolah, rasa macam baru saja Isnin, 17 Februari. Masa berjalan, maka banyak juga yang kita hilang, masa sudah pastinya. Berita pasal hilang pun banyak di media sosial. Memang banyak yang kita kena jaga, kena jaga sama-sama supaya tak hilang. Teringat kata-kata pahlawan Mat Kilau tatkala AK datang memakai baju bertulisan Mat Kilau, "Jaga agama, jaga keluarga, jaga negara. Jangan bangsaku tiada negara!"
Walaupun kita tak hilang, jika sudah hilang segala-galanya, adakah kita yang masih memegang alat kawalan jauh atau sekadar menjadi boneka yang memegang alat kawalan jauh atau terpaksa mengikut arahan alat kawalan jauh? Kita mesti sedar dan ada yang mesti kita jaga sama-sama kerana takkan pisang berbuah dua kali. Itu yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment