Pagi sudah di dapur, kata Opah, "Tak empuk-empuk. "Ubi yang agak lama Opah rebus tidak empuk. Atuk cuba rasa, memang tak empuk. Biasa potong guna sudu pun ubi boleh terbelah.
"Patut orang dulu-dulu cakap ubi direbus tak empuk," kata Opah. Bunyinya macam peribahasa, maka Ayah pun buka internet. Tak ada pula peribahasa yang berbunyi 'ubi direbus tak empuk'. Yang ada ialah direbus tak empuk (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu,DBP 2016). Maksudnya ialah sangat sukar dikalahkan. Empuk pula dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada empat makna. Makna yang pertama ialah (berkenaan makanan seperti ubi rebus dan lain-lain) lembut dan senang dikunyah. Makna kedua ialah gebu, tidak keras dan tidak lisut. Maksud ketiga ialah (berkenaan kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput. Maksud terakhir ialah (berkenaan suara) sedap bunyinya, merdu. Ubi tak empuk, maka Opah ganti dengan cekodok selain nasi goreng yang sudah disiapkan lebih awal.
Ya, kadang-kadang ada yang berlaku tidak seperti kebiasaannya atau di luar jangkaan. Maka yang berlaku selepas itu akan berubah jalan atau tindakannya. Itulah kehidupan, selalu di luar jangkauan walau telah ada rancangan.
Translate
Wednesday, January 29, 2025
Di Luar Jangkauan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbina
Merentas Desa pun telah berlangsung. Yang suka berlari semestinya tertunggu-tunggu acara ini dan ada juga yang tugasnya menolong cikgu-cikg...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment