Translate

Thursday, February 6, 2025

Berdoalah

Ahad, 2 Februari, perkhabaran dukacita, ibu pak cik Hafiz kembali ke rahmatullah. Selasa turut berdukacita, 4  Februari, Tok Pah juga diambil pergi. Takziah, Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita dan juga untuk kita sendiri.
       Rabu 5 Februari pula, malam lepas Maghrib ada jamuan perpisahan batch Virtuous yang sudah tamat menduduki periksa SPM pada 3 Februari. Perpisahan  sebahagian daripada peristiwa yang tak dapat dielakkan, tak kiralah telah lama kenal atau baru bertemu. Perpisahan memanglah menyakitkan, namun masing-masing ada matlamat yang mahu dikejar, maka jalannya banyak yang memisahkan. Sepanjang bersama,  kebahagiaan itu tetaplah ada walau suka duka silih berganti, ada banyak yang boleh disimpan jadi kenangan, ada banyak juga kepahitan boleh jadi pedoman. Malam seantero dunia yang berwarna-warni menjadi saksi, berpisah untuk bermula kembali.
        Bertemu dan berpisah sentiasa hadir dan ada yang tak kembali. Bertemu kembali itu satu keajaiban anugerah Ilahi saat kita mengharapkannya. Berdoalah untuk yang telah pergi selama-lamanya dan teruskanlah Hidup Berjasa bagi kita yang masih ada. Panjang umur, Insya-Allah bertemu semula.

 

No comments:

Ramadan Kareem

Moga amalan kita bertambah. Moga Allah SWT merahmati dan memberkati kita. Selamat Berpuasa.