Kita semua ada kebiasaan. Ada yang suka duduk tempat yang sama, mungkin sudah jadi tabiat atau rutin.
Antara baris ayat yang perlu sentiasa ada dan segar dalam pemikiran kita, "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul." Jika kita sentiasa mengingati ayat ini, ayat ini mampu membuatkan kita sentiasa muhabasah diri, sentiasa meneliti perangai kita sendiri. Setiap hari sudah pasti tabiat atau rutin yang kita buat. Adakah rutin atau tabiat kita itu memberi pahala kepada kita atau sebaliknya? Rutin atau tabiat seharusnya memberikan kebaikan kepada kita dan kebaikan kepada orang di sekeliling. Kadang-kadang, ada tabiat yang kita rasakan betul sebenarnya tidak betul. Tambahan pula, tindakan untuk menegur pada hari ini semakin terpinggir kerana yang menegur pada hari ini sering pula disalah erti dan dipersalahkan. Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa renung-renungkan tabiat kita sendiri atau muhasabah diri untuk jadi lebih baik pada setiap hari.
Kebiasaan yang baik akan membantu kita pada setiap masa untuk melalui hidup yang lebih bererti. Kebiasaan yang baik itu ada pada setiap orang dan ada pada diri kita jika kita amati. Yang baik itu harus disimpan dan terus menjadi amalan, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment