Berdua denganmu
Pasti lebih baik,
Aku yakin itu,
Bila sendiri,
Hati bagai langit,
Berselimut kabut.
Itu lagu yang penuh kenangan, yang dinyanyikan Acha Septriasa. Semua orang mahukan bahagia, tak kira sesiapa.
Bahagia itu banyak caranya, mengikut persepsi masing-masing. Ada orang bahagia bersendiri, ada orang bahagia berdua, ada orang bahagia berlima dan bahagia itu sangat subjektif serta abstrak. Ada orang bahagia bersama dengan isteri, ada orang bahagia dengan suami, ada orang bahagia bersama dengan anak-anak, ada orang bahagia bersama dengan mak ayah dan banyak lagi. Banyak yang mencari bahagia dalam hidup ini, ada yang sudah jumpa, ada yang sedang melalui dan ada yang masih tercari-cari. Ada orang dapat mengeteh, sudah 'rasa dunia ana yang punya', ada orang dapat ruang untuk membaca pun sudah rasa bahagia, ada orang rasa bahagia dapat membeli-belah, ada orang rasa bahagia dapat membuatkan orang lain gembira dan macam-macam lagi.
Bahagia diperlukan selagi hidup. Untuk bahagia, kita tidak boleh lari daripada muhasabah diri dan memperbaiki diri kerana untuk bahagia kita perlu mulakan dalam diri sendiri. Kata Ustaz, "Nak bahagia banyak, banyaklah baca Al-Quran." Semakin kita dekat dengan Allah SWT., Insya-Allah, kebahagiaan semakin menghampiri kita.
No comments:
Post a Comment